Proses Rundingan Damai Aku dan Si Kecik

by Syahid Oblind Rosley

Hari ini aku agak-agak aku perlu berbuat baik kepada orang lain. Haiwan juga termaktub dalam perubahan tingkah laku aku hari ini. Akur sekian lama aku menyimpan perasaan (huk eleh), jadi hari ini aku luahkan pada Si Kecik. Aku mahukan RUNDINGAN DAMAI TANPA SYARAT dengan beliau (kalau bersyarat karang  beliau demand lebih-lebih). Tiada Hikmat Loncatan Dan Landing Berkuku Di Muka Combo Attack Tatkala Kau Tido, Hikmat Ku Lompat Di Atas Rusukmu Sayang, Hikmat Ku Guling Atas Keyboard Mu Tatkala Kau Nak Taip Something, Hikmat Mari Ku Jilat dan Gigitan Mesra di Tapak Kaki Mu Elelelele dan perbagai hikmat-hikmat lain akan di apply pada aku lagi. Kalau engkau nak testing kat bebudak lain silakan. Ini perjanjian antara kita. Dengan banyak songeh, beliau bersetuju.

Sebagai kenang-kenangan atas keberjayaan proses rundingan damai ini, kitorang pun mengambil gambar Myspace bersama-sama (walaupun aku tak penah teringin nak upload gambar kat Myspace).

[image title="rundingan-damai-1" size="full" id="468" align="center" ]

[AMARAN KERAS] Sila abaikan tumbesaran luar biasa hidung aku. Itu adalah ilusi optik kesalahan teknikal mengambil gambar. Jangan sekali-kali engkau shot wide pastu letak kamera dekat dengan muka kalau tak nak jadi begini.. Ok sambung balik story..

Tetiba, bad-things-will-be-happen-to-you-in-4-3-2-1 instinct aku kasi signal. Aku pandang beliau, beliau pandang aku. Aku dah rasa tak sedap hati dah. Pehal nie. Hidung beliau kembang kuncup. Matanya tajam. Dalam hati aku berkata, “Siot, aku mandi la woi”.

[image title="rundingan-damai-2" size="full" id="469" align="center" ]

Instinct aku benar-benar belaka, sepantas halilintar, setangkas Si Kecik, beliau kasi Kiss of Death sama aku.

[image title="rundingan-damai-3" size="full" id="470" align="center" ]

Berpinau seketika. Dalam minda aku terbayangkan ibu bapa aku, adik-adik, kawan-kawan dan lain-lain. “Nyesal aku tak kawen awal” terpacul dari mulut. Tapi terdetik juga aku mengingatkan diri, aku masih single dan available, bercontact no 0122513984, membuatkan aku ada sedikit semangat untuk berjuang teruskan hidup dan cari awek tapi bukan sekarang.

Di kala aku masih lagi terhuyung-hayang akibat serangan Si Kecik, beliau kasi bisik sama aku, “Rambut engkau… panjang.. masuk mata aku…..”. Itu la yang aku dengar antara khayal dengan sedar. Beliau berlalu sambil mengoyang tegak ekornya. Kononnya comel.  Aku terpukau seketika, tak mampu untuk membalas dendam.

Di saat itu aku tahu, perjanjian damai ini telah GAGAL. Aku masih lagi akan dihantui dengan hikmat-hikmat dari Si Kecik. Aku sangsi, bilakah keganasan ini akan berhenti? Adakah dikala fajar menyinsing dari Barat?

Masih aku di zaman gelap.

” Oit Si Kecik, gua belajar dari kesilapan gua. Lain kali gua kasi Black and White sama lu. Lu tunggu!!!!! “