Indahnya Hijrah.

by Syahid Oblind Rosley

Assalamualaikum and peace be upon you my beloved reader.

Lama tidak berceloteh tiba-tiba terasa ingin menulis.

Setelah belek-belek balik post-post yang berkurun lama, aku mendapati aku rajin menulis tatkala di dalam mood “inspired” atau dalam mood sakit hati (keluar banyak sarcasm). Juga kadang-kadang aku menulis di dalam mood, “mencari diri”. Tapi hanya kadang-kadang. Kadang-kadang.

Bila baca balik coretan-coretan lampau. Sama ada di blog ini atau di sketch2 book yang aku simpan sedari dulu. Aku sedar, yang persoalan-persoalan minda dan fitrah aku mulai terjawab satu persatu. Gradually mengikut jalan waktu.

Satu persoalan besar yang selalu bermain-main di mindaku ini.

“Sampai bila aku hendak macam nie?”

Ringkas. Tapi menghantui.

Aku penah jatuh di dalam lubang fitnah. Aku pernah lemas dalam lautan keduniaan. Aku pernah hidup dalam  jahiliyah. Aku pasrah dalam kegelapan. Kerana aku tak jumpa jalan keluar. Mungkin jumpa tetapi aku yang sengaja masih membutakan mata memekakan telinga.

Tetapi tiap kali ingin menutup mata mengakhiri hari, persoalan ini akan timbul diminda, “Sampai bila aku hendak macam nie?”.

Saban hari aku mencari jawapan. Aku pernah cuba berubah. Sendirian. Tapi atas peer pressure, surrounding, aku akur. Aku mengalah.  Putus asa.

Itu aku. Dulu.

Allah itu sebaik-baik perancang. Walau pun di dalam kegelapan tetapi hati ini asyik mencari cahaya. Mencari dan mencari. Aku selalu berhajat untuk dipertemukan dengan Ramadhan. Saban tahun. Kerana bagi aku, ada “sesuatu” di kala Ramadhan yang mendamaikan hati ini. Tenang.

2010. Tahun dimana segalanya berubah. Allah pertemukan aku dengan “usrah”.

Pada mulanya aku dipaksa. Terasa berat tetapi hati ini rela. Entah mengapa. Mungkin inilah fitrahnya.

Tanggapan awalku usrah adalah satu perkumpulan geng-geng alim dan skema yang duduk dalam bulatan sambil berceloteh tentang agama. Aku berimagenasi ada seorang ustaz yang kaw-kaw ilmunya sedang memberi tazkirah. Lepas tu baca Quran ramai-ramai dan asyik bincang pasal hukum Feqah. Owh itu haram tu. Itu wajib. Itu sunat. Itu bidaah.

Tetapi aku silap. 100% silap. Ok 80% silap. Bab duduk dalam bulatan tu betul.

Usrah ini tarbiyah. Tarbiyah diri sendiri. Bahasa modennya, memotivasikan diri sendiri. Itu tujuan nya. Supaya kita bersemangat untuk tingkatkan kualiti saham-saham amalan. Mengubah mindset supaya lebih kehadapan melepasi had umur manusia. Melepasi sempadan alam dunia. Mempelajari apa itu Islam. Mempraktikan kualiti hidup muslim. Memang lebih luas dari apa yang aku impikan. Subhannallah.

Aku ingin berubah menjadi lebih baik bukan kerana aku sendiri. Tetapi ada yang lebih penting dari itu lagi.

“Bagaimana dengan keluarga aku nanti, anak-anak aku nanti? Adalah masih dalam teduhan Islam? atau hanya Islam pada nama?”

Soalan ini juga selalu terdetik di fikiran dahulunya. Sangat susah untuk aku temui tempat untuk bakal keluargaku yang bebas dari jahiliyah moden. Bebas dari anasir negatif dan mengamalkan Islam yang sebenar.

Alhamdulillah ini juga terjawab dalam institusi usrah ini yang mana aku temui komuniti-komuniti yang semuanya ditarbiyah sedari kecil. Kuat ukhwahnya. Cantik susunannya. Cantik aturannya. Dihiasi dengan Islam. Amat cantik kerana itu fitrah manusia. Mencari sesuatu untuk berpegang. Aku sudah boleh merancang dimana patut aku sekolahkan anakku nanti. Calon isteri yang mampu mendidik anak-anakku nanti. Dan aku sendiri, insyaAllah sedang berusaha sebaik-baiknya untuk menjadi bakal keluarga, imam keluarga, khalifah, yang dapat menyempurnakan amanahku nanti. InsyaAllah.

Betullah, sesungguhnya Hijrah itu indah :)

P/s: If siapa-siapa terasa hati ingin “mencari fitrah” diri, nak tahu apa yang best sangat pasal usrah nie, bleh je comment kat sini. or email aku direct oblind36@gmail.com