Tiba masa untuk memberi

by Syahid Oblind Rosley

Assallamualaikum and peace be upon you..

Tokwan aku tok guru kampung, ajar orang-orang kampung mengaji ugama. Baik belah mak atau belah abah, dua-dua adalah pendidik. Abah aku bekas (baru seminggu pencen hehe) pekerja Tabung Haji, tugasnya adalah mengajar orang macam mana cara yang betul menunaikan haji. Seperti video yang aku paparkan beberapa post yang lepas. Beliau adalah pendidik. Adik aku sendiri dan suaminya adalah bakal guru. Sepupu-sepupu aku juga hampir kesemuanya guru. Mendidik anak bangsa.

Aku tak tahu ini adalah kebetulan atau takdir, yang pasti ia telah termaktub dalam Lauhil Mahfudz. Sesungguhnya perancangan Allah amat cantik, amat sempurna.

Aku bakal ikut jejak mereka. Mendidik generasi aku, mendidik masa depan aku. Dengan pelajaran yang dikutip dari jalanan. Moga dipermudahkan. InsyaAllah.

Tak pasti apa yang aku merepek ini? sila ke SINI untuk maklumat lanjut.