TEST LAYOUT

Published: 7 June, 2014

http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981 http://oblind.com/blog/?attachment_id=1981

Selamat Hari guru

Published: 16 May, 2014

selamat-hari-guru2

 

” Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, 
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
jika hari ini seorang ulama yang mulia.
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
jika hari ini seorang penulis terkemuka,
jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca..”

- Usman awang

SELAMAT HARI GURU.

Terima kasih 2013

Published: 24 March, 2014

terima-kasih-2013

Assalamualaikum wrt.

Hampir setahun blog ini menyepikan diri. Sunyi. Idea untuk menulis telah kering kerana aku kerap kali mengupdate status di Facebook. Hampir masuk bulan ke-4 dalam tahun 2014 ini baru aku terasa untuk menghidupkan semula blog bersawang ini.

Bila di muhasabah kembali, tahun 2013 adalah tahun “get out from the confort zone” aku dan merupakan tahun yang banyak melakarkan sejarah dalam hidup aku.

 Setiap akhir tahun, aku akan menulis “letter to myself”, di mana ia adalah list-list aku janji atau azam yang ingin aku tunaikan di tahun yang akan datang. “Letter to myself” ini adalah email yang aku tuliskan untuk diri sendiri dan di schedule-post untuk di sent tepat pada setiap suku tahun (iaitu pada bulan 3,  bulan 6, bulan 9 dan bulan 12). Tujuaan nya adalah untuk me”remind” diri aku akan azam-azam tersebut. Jadi email yang akan aku tulis akan diterima pada bulan ke-3 untuk review progress. Bulan ke-3 nie biasanya akan jadi bulan tepuk dahi “aiseh-tak-bergerak-lagi-azam-aku” sebab biasa la norma manusia yang cepat lupa. So email tersebut akan di sent semula untuk diterima pada bulan ke-6 dan seterusnya.

Dan biasanya jika dibuat begini, insyaAllah azam kita akan tercapai. Kalau tak semua atleast 80% from the list. Dan yang bestnya, bila Allah beri lebih dari apa yang kita minta. Seperti tahun-tahun lepas, mostly aku akan dapat result yang lagi better dari apa yang ditulis. Subhanallah.

IMG_5311

So ini dia list-list azam aku untuk tahun 2013.

Dear Syahid Oblind Rosley,
 
In Thursday 27 Dec 2012, 8.21am at Melawati Hillside Apartment, you just promise yourself:-
  1. oblind.com must run and successful. InsyaAllah you are buzy man at this time.
  2. Getting income 4k per month by oblind.com alone.
  3. Get ready to go to Gaza, Palestine.
  4. You quit BroArts to focus on oblind.com
  5. Continue Masters Degree.
  6. Get Married
  7. Registered for Hajj
  8. Travel to Norway, NZ, Australia, Ireland, Switzerland or UK (Europe) – with wife (preferred)
  9. 20k atleast in saving account
  10. Hafal Juz 30 and lancar Juz 29
  11. Physical almost back to normal BMI
  12. Produce Rijal in Taman Wahyu – to sustain among themselves.
  13. Buy house at Kota Kemuning
Truely yourself
Syahid
27 December 2012 (deadline night for oblind.com web)

Jadi, ini adalah apa yang telah Allah suratkan untuk aku pada tahun 2013 :)

1. oblind.com must run and successful.

DONE! Instead of oblind.com, Alhamdulillah Allah datangkan ilham dan rezeki dari satu idea bisnes yang baru. Ber-partnership bersama Nizam, kami menubuhkan syarikat printing baju dan clothing line sendiri, Crafted by Kantan. Yang beroperasi sejak May 2013. Alhamdulillah its looking great :)

IMG_1521

Oblind.com tetap wujud tetapi lebih kepada kerja-kerja freelance. InsyaAllah boleh dikembangkan lagi :)

4. Get ready to go to Gaza, Palestine.

DONE! Instead of Gaza, Palestine, Allah takdirkan aku mengikuti misi Life Line for Syria sebagai jurufoto misi. First time, dikurniakan Allah pengalaman di medan perang. Pengalaman hampir dengan “syahid”. Dan banyak lagi pengalaman indah bersama-sama mujahideen di Syria.  Boleh baca post-post sebelum nie mengenai misi aku di sana. Subhanallah rezeki Allah, aku dipelawa untuk bersama misi 2 hari sebelum berangkat. Alhamdulillah.

IMG_9917

5. You quit BroArts to focus on oblind.com 

DONE! – Ini adalah antara keputusan yang paling berat yang aku pernah buat dalam hidup. Alhamdulillah aku dikurniakan bekerja di Brotherhood Arts selama 3 tahun sebagai Art Director. Aku happy di sana. Dan mungkin sebab itu aku merasakan “bahaya” kerana aku sangat berada dalam “comfort zone”. Setelah berbincang dengan majikan, keputusan telah dibuat dan aku memilih untuk mengejar mimpi yang diimpikan selama ini. Dan ini adalah pemulaan langkah untuk mengejar mimpi-mimpi itu.

6. Continue Masters Degree.

Banyak peristiwa yang menyebabkan aku re-consider untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master. InsyaAllah jika susunanNya cantik, mungkin aku akan melanjutkan pelajaran di masa hadapan.

7. Get Married

Done! – The best thing happen in my life. Aku berkahwin dengan seorang wanita yang insyaAllah memenuhi 4 ciri-ciri wanita yang wajib dikahwini. Sama melalui sistem tarbiyah. Sama melalui proses pembinaan baitul muslim. Bersama mengejar untuk ke syurga. Seorang akhwat comel bergelar Doktor. Qurrantul A’yun, Azliana binti Aziz.

1524193_10152122876458189_1759294347_o

8. Registered for Hajj

DONE! Mulanya, rezeki Allah, berkemungkinan aku dan isteri bakal ke tanah suci pada tahun ini, tetapi, akhir-akhir ini, kami mendapat hadiah yang lebih bermakna dan terpaksa menangguhkan niat untuk ke tanah suci. InsyaAllah akan dicatatkan di dalam list seterusnya.

9. Travel to Norway, NZ, Australia, Ireland 

DONE – Tidak dapat seperti yang di listkan tetapi alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki di Syria, Turki dan Indonesia.

10. 20k atleast in saving account

Pada mulanya hampir memenuhi azam ini tetapi kesemua saving telah di transfer kepada kos-kos pengurusan majlis perkahwinan. InsyaAllah akan berusaha lagi!

11. Physical almost back to normal BMI

FAIL! – Ha! ini azam paling berat. Dah berusaha tapi masih tak berjaya lagi, insyaAllah azam ini paling besar pada 2014!

12. Produce Rijal in Taman Wahyu – to sustain

Terpaksa melepaskan mereka-mereka kesayangan ini, kerana perubahan lokaliti. Aku terpaksa berpindah ke Seremban. Tetapi kami masih lagi berhubungan. 3 orang dari rijal kesayangan telah melanjutkan pelajaran ke sekolah tahfiz di Pahang. Moga diberi kesabaran dan kekuatan untuk menjadi insan yang banyak menyumbang untuk ummah :)

13. Buy house at Kota Kemuning

*Re-thinking. Buying house for investment only*

Alhamdulillah, walau tak semua berjaya untuk ditunaikan, insyaAllah ini adalah perancangan dari aku sahaja dan Allah jua adalah sebaik-baik perancang. InsyaAllah yang mana belum berjaya ini akan di forwardkan ke tahun ini (2014).

Syukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan tahun yang cukup indah, penuh dugaan dan cabaran, tetapi juga dihadiahkan bersama kenangan yang penuh bermakna.

Terima kasih 2013. 2014, let’s have some fun!